Permohonan Pas Media SPR Bagi PRK Parlimen Sandakan Mula Dibuka

261

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Permohonan pendaftaran pas media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan mula dibuka kepada pengamal media bermula sekarang sehingga sehari sebelum Hari Penamaan Calon pada 27 April ini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Rohiman Rahia berkata, pengamal media boleh mendapatkan dan mencetak borang permohonan pas media itu melalui laman web SPR.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal, di sini pada Jumaat.

Kemudian ketika diminta mengulas mengenai persiapan menghadapi PRK Sandakan, Rohiman enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

“Apabila tiba masanya kita akan panggil (media),” jelasnya.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong apabila penyandangnya, mendiang Datuk Stephen Wong,65, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Mendiang Stephen adalah Pengerusi DAP Sabah yang memegang potfolio Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 April lalu menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Sandakan pada 27 April, pengundian awal pada 7 Mei dan hari mengundi pada 11 Mei.

Tempoh berkempen adalah selam 14 hari bermula tarikh pengisytiharan calon.

Berdasarkan rekod SPR dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Parlimen Sandakan mempunyai 39,856 pengundi biasa, 270 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir luar negara.