Permohohan Salleh Belum Dipertimbangkan PKR – Anwar

KUALA LUMPUR: Permohonan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR belum dipertimbangkan oleh Biro Politik parti itu, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu telah diterima namun ia belum dibincangkan dalam mesyuarat.

“Kami terima permohonan itu daripada beliau tapi belum bincang dalam mesyuarat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi temu rapat bersama ahli parlimen Pakatan Harapan dan Warisan di sini, hari ini.

Terdahulu, Salleh menerusi kenyataan berkata beliau memohon menjadi ahli PKR secara dalam talian dan menyerahkan kepada kepimpinan parti itu untuk mempertimbangkan permohonannya.

Katanya, beliau memilih PKR kerana parti itu mengamalkan politik berbilang kaum yang sesuai dengan pegangan dan pendirian politiknya dan juga suasana politik di Sabah.

BERITA BERKAITAN :-

Salleh: Terserah Kepada Pertimbangan Kepimpinan PKR

Salleh Keruak Mohon Sertai PKR

(Visited 1 times, 1 visits today)