Perlawanan Persahabatan Bantu Erat Kerjasama Pengamal Media-DBKK

78

KOTA KINABALU: Perlawanan persahabatan di antara pasukan bola sepak Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan Persatuan Wartawan Sabah (SJA) menjadi landasan penting untuk mengeratkan kerjasama kedua-dua pihak.

Lebih bermakna Mayor DBKK Datuk Nordin Siman dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Ariffin Asgali hadir pada perlawanan di Stadium Likas di sini semalam dengan keputusan 3-2.

Ariffin turut beraksi pada perlawanan persahabatan itu bersama pasukan DBKK dan pasukan SJA diketuai sendiri oleh presidennya Muguntan Vanar.

Perlawanan persahabatan itu antara program DBKK dalam ‘KK Moving Forward’ dan sebelum ini turut diadakan perlawanan bowling.

Pengarah Jabatan Landskap DBKK Robert Lipon menyumbang dua jaringan dan satu lagi jaringan oleh Zeck Abdul Rahman untuk pasukan DBKK.

Bagi pasukan SJA, kedua-dua jaringan oleh Syamsuddin Ag Bungsu dari RTM Sabah.

Ariffin yang ditemui media sebelum perlawanan menyifatkan penganjuran itu dapat mengeratkan lagi kerjasama antara pihak DBKK dengan pengamal media.

Katanya, peranan media penting terutama dalam membuat liputan dan menyebarkan program DBKK kepada masyarakat terutama program ‘KK Moving Forward’.