Penutupan Penyertaan Pertandingan Filem Pendek China-Sabah Dilanjutkan

KOTA KINABALU: Tarikh tutup penyertaan bagi Pertandingan Filem Pendek China-Sabah ketiga dilanjutkan sehingga 30 November ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pertandingan yang dianjurkan Konsulat Jeneral Republic China di Kota Kinabalu ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA).

Sejak dianjurkan dua tahun lepas, pertandingan ini menerima penyertaan yang amat menggalakkan. Namun, disebabkan pelaksanaan PKPB, penyertaan yang diterima setakat ini masih kurang.

Bagi memastikan peserta dapat menjalankan penggambaran berkaitan kerjasama China dan Sabah, penganjur memutuskan untuk melanjutkan tarikh tutup penyerataan daripada 31 Oktober kepada 30 November ini.

Konsulat Jeneral China mengalu-alukan penyertaan orang Sabah dalam pertandingan ini.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM10,000 untuk Anugerah Emas dan RM8,000 bagi Anugerah Perak dan RM5,000 bagi Anugerah Gangsa.

Manakala, bagi penyertaan yang mempunyai suntingan terbaik akan menerima RM2,000 bagi Anugerah Suntingan Terbaik dan RM2,000 bagi Anugerah Filem Paling Kreatif. Sementara 10 pemenang saguhati akan menerima RM600.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pengerusi Penganjur James Tseu di talian 016-8329883 atau hubungi Presiden KKJA Yong Ted Phen di talian 019-8807941, atau email kepada [email protected] bagi mendapatkan raw video dan sebarang maklumat lanjut.

Peserta juga boleh melayari laman sesawang http://web.facebook.com/chinasabah bagi mendapatkan maklumat berkaitan pertandingan berkenaan.