Penolong Pegawai Kesihatan peroleh projek RM30,000 Ditahan SPRM

Oleh NORA AHMAD
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang Penolong Pegawai Kesihatan kerana disyaki menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan projek bernilai kira-kira RM30,000.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

Menurut sumber, suspek mendapatkan projek bagi kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan bagi Pejabat Kesihatan di sebuah daerah di negeri ini melalui syarikat miliknya sendiri. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

“Bagaimanapun suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.