Penjawat Awam Di Labuan Berhadapan Perbicaraan Kes Pecah Amanah

460
Rizal (tengah) ketika dibawah kr mahkamah hari ini.

LABUAN: Seorang penjawat awam Labuan hari ini dihadapkan ke mahkamah majistrat bagi pertuduhan pecah amanah melibatkan jumlah RM33, 245.00.

Rizal Siuneh, 40 tahun, didakwa di hadapan Pendaftar Mahkamah Labuan Haizah Tamin kerana dituduh melakukan kesalahan itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Kampung Jawa Labuan antara Januari dan Disember 2009 dan proses pengauditan dikatakan telah mengesan kesalahan berkenaan.

Tiada pengakuan direkodkan apabila pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibacakan.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda.

Pegawai pendakwa ASP Hasnan Abidin mencadangkan jaminan berjumlah RM10, 000 dengan dua penjamin, walaubagaimanapun Pendaftar Hainah menetapkannya RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Hainah menetapkan 25 Julai untuk sebutan di Mahkamah Sesyen.

Rizal ditahan oleh ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Labuan ASP Haslina Hassan kelmarin (Selasa) kerana disyaki menyalahguna wang kerajaan (yuran pengesahan pemadam kebakaran) yang diamanahkan kepada beliau.

NOTE: There was an error in our headline earlier on. It has since be corrected. We apologise for the error.