Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, hak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan hanya menentukan siapa menjadi kerajaan tetapi juga, pemimpin yang akan mewakili kawasan mereka.
Beliau berkata, apa yang penting adalah memilih wakil rakyat yang boleh menjaga kepentingan rakyat di semua peringkat tanpa mengira masa agar perkhidmatan mereka boleh dinikmati rakyat yang telah memberi sokongan dan mengundi mereka.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, sebuah parti banyak bergantung kepada kepimpinan yang ada kerana jika kepimpinan tidak begitu baik maka, dia boleh merosakkan parti.
“Sebagai pengundi, kita kena teliti bagi memastikan kita mengundi pemimpin yang boleh mewakili perjuangan kita pada setiap waktu tanpa mengira bangsa dan agama serta batasan waktu bagi membolehkan perkhidmatan mereka dinikmati, undilah calon Warisan,” katanya.