Pengisytiharan esok cuti umum adalah berita palsu – JPM

Berita pengisytiharan esok (2 Mac) adalah cuti umum bersempena pelantikan perdana menteri kelapan, yang tular hari ini adalah berita palsu.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan ringkas hari ni berkata semua pihak diminta berhenti daripada menyebarkan berita palsu tersebut dengan serta-merta.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai perdana menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.