Pengharaman Mesin Slot Masih Berkuatkuasa : Berita BTtv – 12 September 2019

113
Bersama Jennifer Tugung Michael
  • Semua pihak diminta mematuhi keputusan kerajaan Sabah yang tidak lagi memperbaharui lesen perjudian mesin slot. Keputusan adalah muktamad selepas mengambil kira kemudaratan kepada masyarakat – Timbalan ketua menteri, Datuk Jaujan Sambakong.
  • Persatuan Undang Undang Sabah, SLS, menyokong langkah berani dan progresif kementerian dalam negeri dan kerajaan Sabah, memperkenalkan pas sementara Sabah, PSS yang menggantikan 3 dokumen warga asing di negeri ini. SLS menyifatkan ia langkah tepat menangani isu warga asing di Sabah.
  • 2 kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara, JPN Semporna mengaku tidak bersalah di mahkamah khas rasuah Tawau atas pertuduhan meminta rasuah untuk memproses permohonan kad pengenalan untuk sepasang anak kembar pada 26 April 2017.
  • Menteri Undang Undang dan hal ehwal anak negeri, Datuk Aidi Moktar menolak dakwaan kononnya kementeriannya dan jabatan hal ehwal anak negeri tidak melaksana tugas lantikan ketua adat dan ketua kampung dengan baik. Malah, sehingga kini, 3,516 ketua adat telah dilantik daripada 3,966 kekosongan jawatan. Manakala 2,532 ketua kampung telah dilantik daripada 2,839 kekosongan jawatan.
  • Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Ewon Benedick mengesahkan sebanyak RM17.67 juta waran pembayaran telah diluluskan untuk membayar elaun kesemua anggota majlis pengurusan komuniti kampung, MPKK di seluruh negeri, setakat September tahun ini. Waran telah disalurkan kepada 22 pejabat daerah, 8 pejabat daerah kecil, majlis perbandaran Tawau, Sandakan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Negeri negeri di Semenanjung Malaysia sepatutnya turut meraikan Hari Malaysia, bukan hanya diraikan di Sabah atau Sarawak secara bergilir gilir setiap tahun – penasihat MA63 kerajaan Sabah, Zainnal Ajamain.
  • Penilaian kerosakan batu karang susulan insiden kapal kargo terkandas di perairan cetek pulau Kalampunian, Kudat, dijalankan mulai hari ini. Kapal kargo sudah ditunda keluar ke kawasan perairan lebih dalam namun tidak dibenarkan belayar.
  • Polis Kota Kinabalu tumpaskan geng Afiq yang terlibat dalam 13 kes curi motosikal di 4 daerah. Ketua kumpulan geng Afiq baru berusia 17 tahun, manakala 2 anggota geng berusia 15 tahun dan seorang berusia 16 tahun.