Pengedar Dadah Warga Filipina Ditahan Bersama Syabu

163
Pegawai penyiasat menunjukkan dadah yang dirampas daripada suspek.

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Seorang pengedar dadah warga Filipina ditahan polis dalam operasi dijalankan di kawasan letak kereta di Pelabuhan Sabah semalam.

Dalam operasi pukul 3.25 petang itu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 50.15 gram yang bernilai RM7,523.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta dinaiki suspek, polis telah menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi syabu di bawah tempat duduk kereta,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dadah yang ditemukan dibawa tempat duduk Proton Waja yang digunakan suspek.

Katanya, berikutan itu, polis turut merampas kereta Proton Waja digunakan suspek untuk siasatan lanjut.

“Suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Hasil ujian urin mendapati suspek tidak mengambil dadah dan juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Menurut beliau, penangkapan suspek adalah hasil usaha gigih polis dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Kota Kinabalu.

Tambahnya, serbuan berkenaan dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah.