Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.45 pagi.
Menurutnya, susulan laporan itu, sepasukan tujuh pegawai dan anggota JBPM termasuk MOSAR, malim gunung dan renjer Taman-Taman Sabah, dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan MOSAR memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.
oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sebaik tiba di kaki gunung, mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) JBPM.
Operasi ditamatkan 1.38 petang tadi.