Pendaki wanita berusia 44 tahun itu dilaporkan terseliuh di bahu serta mengadu sakit di bahagian perut selepas terjatuh ketika berada di kilometer 5.7, Gunung Kinabalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.35 petang.
Katanya sepasukan 7 anggota MOSAR dari BBP Ranau dikejarkan ke lokasi kejadian dengan dibantu seorang kakitangan Taman-Taman Sabah dan 5 malim gunung.
“Terdapat seorang pendaki dilaporkan terseliuh di bahu bahagian kiri dan mengadu sakit di bahagian perut kiri akibat terjatuh.
“Pasukan PBB Mosar bersama kakitangan Taman-Taman Sabah serta malim gunung memberikan rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya membawa turun mangsa ke kaki gunung di Timpohon Gate menggunakan kaedah “Robertson Stretcher”,
katanya dalam kenyataan semalam.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi ditamatkan jam 5 petang.
Maklumat Mangsa:-
Umur/Jantina : 44 Tahun/Perempuan
Berat : 55Kg
Warganegara : Malaysia
Status :