Pendaftaran Vaksin Di Kota Belud Melalui Whatsapp

KOTA BELUD: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Belud hari ini melancarkan inisiatif memudahcara pendaftaran suntikan Covid-19 di daerah ini melalui pesanan aplikasi WhatsApp.

Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis dalam kenyataannya hari ini berkata, inisiatif tersebut merupakan usaha untuk mendaftar lebih ramai warga Kota Belud mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah penularan Covid-19 di dalam komuniti.

“Saya mendapat banyak keluhan bahawa mereka telah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera sejak tiga bulan lepas tetapi masih belum dipanggil untuk disuntik sehingga ke hari ini. Saya berharap agar usaha ini dapat membantu proses pendaftaran agar lebih ramai yang akan disuntik dalam kadar segera,” katanya.

Kita lakukan aplikasi mudah (melalui whatsapp) bagi memudahcara masyarakat mendaftar dalam masa yang sama, kami juga membantu Pejabat Kesihatan mengendalikan pendaftaran.

“Menurut data yang saya terima setakat ini, terdapat 13,530 yang telah pun mendaftar melalui aplikasi MySejahtera tetapi hanya kira-kira 2,000 penduduk termasuk frontliners yang menerima vaksin.

Pusat Pemberian Vaksin PPV Kota Belud berkeupayaan memberi vaksin sekitar 1000 orang maksima sehari maka sekiranya berdasarkan data Daerah Kota Belud yang mempunyai populasi seramai 74,400 yang berumur 18 tahun ke atas, ini akan mengambil masa lebih kurang 150 hari untuk habiskan dua dos. Kota Belud juga kini mempunyai dalam 8 kawasan arahan PKPD.

Saya berharap, dengan ada nya aplikasi mudah untuk mendaftar melalui whatsapp ini maka Daerah Kota Belud diberi perhatian kerana kita juga merupakan Pusat Kuarantin yang menampung seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.

Menurut Munirah yang juga Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah berkata, senarai yang mereka kumpul melalui inisiatif tersebut akan dihantar kepada Pejabat Kesihatan Kota Belud setiap hari.

Butiran berkenaan inisiatif tersebut boleh didapati dari laman Facebook Rasmi Munirah yang dikongsi pada hari ini.