Penampang Dilanda Banjir Sekali Lagi

Gambar Ihsan pengguna Facebook.

PENAMPANG: Hujan lebat dan angin kencang sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan sekitar daerah ini dilanda banjir kilat.

Malah, berlaku kejadian pokok tumbang dan bangunan runtuh di Lok Kawi dan Papar.

Banjir Ini merupakan kejadian keenam berlaku di Penampang pada tahun ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menyatakan tujuh kampung turut terjejas iaitu Kampung (Kg) Kobusak, Kg Sugul, Kg Kibabaig, Kg Mogonibung, Kg Kohizan, Millenium Height Bundusan dan Taman Landmark.

Pada 7 pagi tadi, paras air Sungai Moyog berada pada tahap amaran dengan bacaan 8.82 meter.

Sementara itu, di Kimanis, bangunan rumah kedai di pekan lama runtuh akibat angin kencang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd. Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian bangunan runtuh itu pada 6.51 pagi.

Pasukan bomba membuat pembersihan sekitar kawasan dan memastikan tiada kemerbahayaan lain berlaku.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.33 pagi.