PRK Sandakan: Berkumpul Di Batu 1.5, Berarak Bersama Pemimpin

SANDAKAN: Penamaan Calon Pilihanraya Kecil P.186 Sandakan akan diadakan di Dewan Serbaguna SMJK Tiong Hua bertarikh 27 APRIL 2019 (SABTU).

Orang ramai dijemput berkumpul di Kedai Kopi Tokyo, BDC Light Industrial, Mile 1.5 pada jam 7.30 pagi sebelum bertolak ke dewan untuk memberi sokongan kepada bakal calon DAP Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan, VIVIAN WONG SHIR YEE.

Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah dan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia akan turut hadir bersama.

Selepas sesi penamaan calon, Sidang Media Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan dijangka akan diadakan di tempat yang sama, Dewan Serbaguna SMJK Tiong Hua pada jam 12 tengah hari.

Sesi makan tengah hari bersama Persatuan Perniagaan Cina dan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia akan turut diadakan di Sabah Hotel pada jam 1 petang.

Walkabout di Pusat Bandar Sandakan akan dianjurkan pada jam 3.30 petang, diikuti oleh Walkabout di Pasar Malam Kim Fung pada jam 5 petang.

Ceramah Perdana juga akan diadakan di Dewan SM Yu Yuan pada jam 7 malam. Pemimpin Parti Tindakan Demokratik seperti Lim Guan Eng, Chong Chieng Jen, Tony Pua Kiam Wee, Frankie Poon Ming Fung, Calvin Chong Ket Kiun, Chan Foong Hin, Noorita Sual, Phoong Jin Zhe, Jannie Lasimbang, Steven Sim, Ram Karpal, Chong Eng, Tan Lee Fatt dan Adrian Lasimbang akan turut hadir bersama bakal calon DAP Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan.

Jadual PRK Sandakan – DAP
27/4/2019 (Sabtu)

PENAMAAN CALON
Tempat: Dewan Serbaguna SMJK Tiong Hua

SIDANG MEDIA
Tempat: Dewan Serbaguna SMJK Tiong Hua
Masa: 12pm

LUNCHEON PERSATUAN PERNIAGAAN CINA BERSAMA YB LIM GUAN ENG
Tempat: Sabah Hotel
Masa: 1pm

WALKABOUT DI PUSAT BANDAR
Masa: 3.30pm

WALKABOUT DI PASAR MALAM KIM FUNG
Masa: 5pm

CERAMAH PERDANA
Tempat: Dewan SM Yu Yuan
Masa: 7pm

Setiausaha Publisiti DAP Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang
Phoong Jin Zhe