Penagih Dadah Menyamar Polis Ditahan Di Kawasan Perindustrian Sedco

ACP Mohd Azhar Hamin, tengah, menunjukkan jaket polis yang dirampas daripada suspek warga asing dalam sidang media di Balai Polis Bandar Sandakan. – Gambar ihsan Juzaimie Jazlan/Bharian

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing ditahan kerana menyamar sebagai polis di kawasan Perindustrian Sedco, Batu 3, dekat sini, Rabu.

Ketika ditahan pada kira-kira jam 3.50 pagi, lelaki berusia 30 tahun itu berpakaian tertera logo polis serta membawa pelbagai peralatan polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata, sebelum kejadian anggota polis terlihat kereta digunakan suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya dan membuat pemeriksaan.

“Sebaik diperiksa, anggota polis mendapati suspek memakai baju berlogo polis, seluar warna biru gelap, tali pinggang dengan logo polis serta kasut hitam, sama seperti anggota keselamatan.

Click on the advertisement to know more.

“Pemeriksaan dalam beg suspek turut menemui kad diubah suai tertera logo polis dengan nama, selain pelbagai peralatan polis.

“Selepas dia disahkan menyamar, suspek dibawa ke Balai Polis Bandar Sandakan untuk tindakan lanjut.” katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Mohd Azhar berkata, ujian air kencing ke atas suspek turut didapati positif dadah.

“Siasatan awal mendapati, lelaki warga asing ini menjalankan modus operandi dengan menyamar sebagai polis untuk memeras ugut mangsanya dengan meminta wang . – Juzaimie Jazlan/bharian.com.my

BERITA SELANJUT: –

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/357221/warga-asing-menyamar-polis-ditahan