Pemberian Konsesi Balak Akan Dikaji Semula; Mengelakkan Penyelewengan

5078
Ketua Menetri Sabah, Mohd Shafie Apdal, tengah, dengan timbalan-timbalannya, Christina Liew, kiri, dan Wilfred Madius Tangau id sidang akhbar pada tengahari Isnin.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan mengkaji semula pemberian konsesi balak di Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata, keputusan itu diambil sebagai langkah penyelesaian masalah pencerobohan kawasan rezab dan kawasan tadahan air serta dilihat sebagai langkah penyelesaian terbaik bagi kes kematian gajah di Sabah.

Mohd Shafie turut menjelaskan, kajian semula itu juga melibatkan Unit Pengurusan Hutan (FMU) dan beliau akan memaklumkan pihak Jabatan Perhutanan Sabah berhubung langkah berkenaan dan sebarang keputusan baru nanti akan diumumkan kemudian.

Gambar ihsan Mongabay.com

“Semua konsesi-konsesi termasuk FMU akan kita kaji semula kerana banyak isu-isu yang berkaitan termasuk kes kematian gajah yang mati.

“Kita percaya salah satu faktor kes kematian gajah ini ada hubung kait dengan para pemegang konsesi-konsesi balak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media, selepas mengadakan mesyuarat Kabinet Negeri Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, Isnin.

Mohd Shafie juga menyatakan, langkah itu juga diambil bagi mengelakkan penyelewengan berkaitan dengan pembalakan daripada terus berlaku di Sabah.

Katanya, salah laku melibatkan pembalakan di negeri itu sudah lama berlaku namun terdapat pihak yang cuba menyembunyikan perkara itu daripada diketahui umum.

“Saya tahu terdapat kes salah guna dalam hal ini dan ia telah lama berlaku tetapi saya tidak akan menuduh mana-mana pihak yang terbabit.

“Sebagai contohnya, langkah untuk membuat penanaman semula FMU tetapi bukan tanam semula ,ada yang tanam semula tetapi dia tebang kayu di kawasan lain, ada yang minta tanam semula kayu tetapi dia tanam semula kelapa sawit,” katanya. – Ruzaini Zulkepli, Astro Awani

BERITA ASAL: –

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sabah-akan-kaji-semula-pemberian-konsesi-balak-176703