Pemberian Bakul Makanan Akan Diperluaskan – Masidi

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan pemberian bakul makanan kepada golongan lain yang memerlukan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun pengumuman mengenai perkara itu akan dimaklumkan kelak.

Pada ketika ini, bantuan bakul makanan hanya diberikan di lokaliti yang melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kepada mereka yang menjalani kuarantin sahaja.

Sehingga kini, sebanyak 57,329 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang berada dalam kawasan PKPD dan mereka yang dikuarantin.

Dalam pada itu, Masidi meyakinkan rakyat Sabah bahawa bekalan makanan di negeri ini mencukupi dan tiada keperluan untuk orang ramai berebut-rebut mendapatkan bekalan.