Pembelajaran Bersemuka Esok Babitkan 140,756 Pelajar Di Sabah

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Seramai 140,756 orang murid pra-sekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua akan memulakan sesi persekolahan esok.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin berkata, untuk pra-sekolahan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia membabitkan seramai 27,767 orang kanak-kanak pra-sekolah yang berusia tiga hingga lima tahun.

Bagi pra-sekolah swasta pula, seramai 18,539 orang kanak-kanak akan turut memulakan sesi persekolahan secara bersemuka esok.

Beliau berkata, bagi murid Tahun Satu dan Tahun Dua pula, ia membabitkan seramai 94,450 orang. Ini termasuk sekolah rendah (kerajaan dan bantuan kerajaan), sekolah agama rendah, sekolah pendidikan Khas dan sekolah rendah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Esok hanya murid pra-sekolah, murid Tahun Satu dan Tahun Dua sahaja akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka.

Untuk murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam pula, mereka akan hadir ke sekolah bermula 8 Mac.