Pemandu Maut, 4 Cedera Nahas Tiga Kenderaan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Iramanis, di Jalan Lintas, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.05 minit pagi.

Katanya sepasukan 14 pegawai dan anggota dari BBP Lintas bersama sebuah jentera pemadam api (FRT) dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 4 kilometer dari balai.

Menurutnya kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, Toyota Aristo dan BMW 530E.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata
Pemandu Toyota Hilux, Wilson Kong, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Manakala pemandu dan penumpang Toyota Aristo serta BMW 530E berusia antara 23 hingga 30 tahun, cedera dan dihantar ke HQE II menaiki ambulans.

Operasi bomba ditamatkan jam 2:06 pagi.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.