Pemandu Lori Rentung Ditemui Dalam Gaung Di Jalan Ranau-Telupid

2542
Mayat pemandu lori membawa muatan kelapa sawit ditemui rentung di bawah timbunan lori yang terjunam ke dalam gaung di Jalan Ranau-Telupid di Kampung Nabutan, di Ranau. – Gambar ihsan Bomba Ranau

RANAU: Mayat pemandu lori membawa muatan kelapa sawit sudah ditemui rentung di bawah timbunan lori yang terjunam ke dalam gaung sedalam 91 meter dan terbakar di Jalan Ranau – Telupid di Kampung Nabutan, di sini.

Bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa, yang belum dikenal pasti identitinya, selepas kerja mengalihkan lori itu dilakukan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 1 petang, kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan lori yang dipandunya terbabas ke dalam gaung lalu terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Jimmy Lagung berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 pagi, enam anggota beserta sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian di mana operasi turut disertai pihak polis. – Recqueal Raimi/bharian.com.my

BACA LAGI DISINI: –

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/387003/bomba-temui-pemandu-lori-rentung-dalam-gaung