Mayat mangsa, Marthen Bin Padan, 64, ditemukan oleh penduduk kampung pada pukul 11.30 pagi ini.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan hari ini.
Kenderaan mangsa telah ditemukan penduduk kampung kira-kira 100 meter dari jambatan berkenaan tetapi mangsa tiada di situ.
JBPM kemudiannya memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi yang dikhuatiri dihanyutkan arus sungai.
“Balai bomba Sipitang menerima panggilan kecemasan pada malam Ahad lalu tentang sebuah Land Cruiser yang dihanyutkan arus.
Menurut jabatan itu, lima anggota segera dihantar ke lokasi untuk memulakan SAR ke atas mangsa.
BERITA BERKAITAN: –
Lelaki Pandu 4×4 Hilang, Kereta Dihanyutkan Arus Di Sipitang