Pemancing Yang Hilang Sekitar Pulau Burung Ditemui Mati

2092
Gambar ihsan APMM Labuan

LABUAN: Seorang pemancing rakyat tempat yang dilaporkan hilang tiga hari lepas ditemui mati hari ini (Isnin).

Mayatnya ditemukan terapung 50 meter dari jeti LKIM Kiansam oleh kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan anggota Rela pada kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Labuan, Kapten Maritime Che Adnan Md Isa yang mengesahkan penemuan itu, berkata mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Mangsa dikenal pasti sebagai Maddin Simion, 51, seorang peniaga pasar malam telah keluar memancing pada 3 November kira-kira pukul 6 pagi sekitar Pulau Burung dan dilaporkan hilang pada pukul 7.40 pagi pada hari yang sama.