Peluang Ceburi Bidang Automotif Untuk Belia, Program IPC buka Pendaftaran 18 Mac

247

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang automotif dialu-alukan untuk mendaftar bagi mengikuti Program Industry Led Professional Certificate (IPC) yang akan diadakan di MARii Satellite Sabah, Penampang pada 18 Mac ini.

Semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), diploma dan mereka yang belum bekerja boleh datang untuk mendapatkan maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh MARii.

Pendaftaran dibuka bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Program IPC ini diadakan secara percuma untuk memberi latihan kepada golongan belia yang ingin menyertai bidang automotif.

Selain itu, penginapan dan makan serta minum sepanjang menyertai kursus juga adalah percuma.

Setiap kemasukan terhad kepada 150 orang peserta sahaja.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung dengan Carol di talian 016 8440059.

Lokasi MARii Satellite Sabah adalah Lot 1, Donggongon Avenue, Lorong D’Avenue A1, Jalan Penampang Lama.