Pelari Sabah Tunjuk Taring Pada Labuan International ECO Ultra Marathon

205
Wilsen Singgin muncul juara kategori terbuka lelaki 70km.

LABUAN: Para pelari jarak jauh Sabah terus menunjukkan taring dalam Labuan Bird Park Eco Ultra Marathon, larian terpanjang di Labuan, hari ini apabila mengungguli kategori lelaki dan wanita.

Marathon itu adalah sebagai sebahagian daripada festival Taman Burung Labuan disertai 550 pelari jarak jauh termasuk dari sembilan negara luar iaitu Brunei, Indonesia, Australia, Belgium, India, Filipina, Thailand, Amerika Syarikat dan Venezuela.

Antara pelari antarabangsa dari Venezuela yang membarisi 10 pelari terpantas kategori wanita terbuka veteran 70km.

Dalam laporan Bernama hari ini Wilsen Singgin mencatat masa tujuh jam 47 minit dan tiga saat (7: 47: 03s) untuk muncul juara kategori terbuka lelaki 70km.

Safrey Sumping memenangi tempat kedua dengan masa lapan jam 21 minit dan 29 saat (8: 21: 29s).

Mohd Azizan Ajak, yang menduduki tempat ketiga mencatatkan sembilan jam 32 minit dan 17 saat (9:32:17).

Jessica Suip memenangi kategori 50 km terbuka wanita.

Kategori 70 km veteran lelaki dan wanita dimenangi oleh pelari pasangan suami isteri, Guianus Salagan dan Kona Liau.

Guianus, yang pernah menyertai Kinabalu International Climbathon membuktikan usia tidak menjadi penghalang untuk meraih kategori veteran lelaki dengan masa lapan jam 37 minit dan 54 saat (8:37:54).

Abdul Rahman Bullah menduduki tangga kedua dengan catatan sembilan jam 32 minit dan 12 saat (9:32:12) sementara Sal Tak Jee di tempat ketiga dengan sembilan jam 57 minit dan 42 saat. (9:57:42).

Kona Liau memenangi ketegori veteran wanita 70km.

Jessica Suip dari Kuala Penyu walaupun tidak berpengalaman membuat kejutan apabila memenangi kategori 50 km terbuka wanita dengan masa enam jam 59 minit dan 18 saat (6: 59: 18s) menewaskan Rasidah Wati Jamal yang mencatat lapan jam 20 minit dan 32 saat (8: 20: 32s) dan Lorittie Joey Jainol di tempat ketiga dengan masa lapan jam 20 minit dan 50 saat (8: 20: 50s).

“Ia kali pertama saya menyertai maraton ini dan saya dan saya sangat teruja dengan prestasi saya hari ini walaupun menghadapi cabaran pantai berpasir dan bahang panas di sepanjang laluan,” kata Jessica kepada Bernama.

Kona Liau (veteran wanita 70km) mencatat masa 10 jam 21 minit dan 58 saat (10: 21: 58), Norlizah Sinail tempat kedua dengan (13:24:56) dan tempat ketiga Norkamsiah Yaakob dari Brunei.

Guianus Salagan.

Dalam pada itu, Mailin Salungin Ripau memenangi acara terbuka wanita 70 km dengan sebelas jam enam minit dan 10 saat (11: 06: 10s), Shazana Nabilah Ayob dari Brunei berada di tangga kedua dengan sebelas jam 52 minit dan 10 saat (11: 52: 10an ), manakala Marjilah Rebid di tempat ketiga dengan 12 jam 27 minit dan 10 saat (12: 27: 10).

Para pesertra maraton sejauh 70 km itu dilepaskan dari Taman Burung Labuan, Kg Lubok Temiang untuk mengelilingui pulau itu.