Pelan Antirasuah Dilancar : Berita BTtv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 1 November 2019

140
https://youtu.be/8zOzz2SWSys
Bersama Beverly Anastacia Lim.
  • Seiring dengan langkah dan komitmen berterusan memerangi gejala rasuah dalam perkhidmatan awam, satu pelan antirasuah Jabatan Ketua Menteri dilancarkan hari ini. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata, pelan itu adalah usaha bagi membolehkan isu berhubung kait dengan rasuah di Sabah ditangani dengan baik.
  • Kesemua 4 pusat tahanan sementara, PTS di Sabah ketika ini sesak dengan 7,200 tahanan pendatang tanpa izin, Filipina. Kesesakan itu berpunca kerja penyelengaraan kapal yang sepatutnya membawa pendatang tanpa izin warga Filipina untuk tujuan pengusiran dari pelabuhan Sandakan ke Zamboanga.
  • Setelah 20 tahun tidak beroperasi, lapangan terbang Semporna akan dibuka semula Januari tahun depan, untuk penerbangan komersil. Ketua Menteri menyambut baik pembukaan semula lapangan terbang Semporna kerana ia memendekkan tempoh perjalanan kepada pelancong yang ingin menyaksikan keindahan di daerah itu khususnya pulau disekitarnya.
  • Kementerian Pembangunan Infrastruktur mengesahkan Datuk Amarjit Singh masih lagi Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, JANS. Menterinya, Datuk Peter Anthony berkata, sehingga kini belum ada apa-apa arahan dikeluarkan mahkamah yang mengarahkan supaya Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah itu untuk bercuti atau arahan daripada mahkamah supaya beliau tidak boleh hadir ke pejabat Malah kes berkenaan telah pun dibawa ke Mahkamah Rayuan.
  • Polis Kota Kinabalu tidak menerima sebarang laporan berkaitan penemuan mayat seorang wanita di pantai Tanjung Aru sebagaimana ditularkan di media sosial. Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji meminta semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat tidak benar dan juga berhenti daripada menyebarkan gambar wanita itu.
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Sabah melancarkan Op Jelajah sejak semalam. 5 juragan membawa bot pelancong ditahan di perairan Kota Belud kerana melanggar syarat lesen. 16 bot pelancong diperiksa.
  • Akibat perselisihan faham, seorang guru wanita cedera dimata selepas diserang sekumpulan 6 individu termasuk dua wanita di tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS kampung Sungai Buaya, Semporna, 21 Oktober lalu.