Pelaksanaan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah Lancar, Sentiasa Dipantau

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Bantuan yang diberikan Kerajaan Sabah melalui Pakej Bantuan Covid-19 Sabah telah  diserahkan kepada sebahagian besar penerima atau golongan sasar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau amat berpuas hati dengan pelaksanaan pakej tersebut.

Katanya, arahan telah dikeluarkan kepada Pusat Arahan Covid-19 Sabah untuk terus memantau pemberian setiap bantuan berkenaan.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Saya berpuas hati dengan status pelaksanaan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah. Saya telah mengarahkan Sabah Covid-19 Command Centre untuk terus memantau pengagihan bantuan yang telah diumumkan pada 25 Mac 2020.

Setakat hari ini [07 April 2020], berikut adalah senarai bantuan yang telah disampaikan:

1. BANTUAN KHAS COVID-19 ‘ONE-OFF’ RM300 ‘VULNERABLE’

a) Penerima Bantuan Am seramai 19,795 orang telah menerima bantuan mereka masing-masing sebanyak RM300.00 dengan jumlah keseluruhan RM 5,938,500.

b) Penerima Bantuan Anak Yatim seramai 2,559 orang telah menerima bantuan mereka masing-masing sebanyak RM300.00 dengan jumlah keseluruhan RM 767,700.

c) Penerima Bantuan Orang Tua, seramai 28,779 orang telah menerima bantuan mereka masing-masing sebanyak RM300.00 dengan jumlah keseluruhan RM 8,633,700.

d) Penerima Bantuan Kanak-Kanak seramai 6,527 orang telah menerima bantuan sebanyak RM 1,958,100.

e) Penerima Bantuan Orang Kurang Upaya dan Pesakit Kronik 2,294 orang menerima bantuan sebanyak RM 688,200.

f) Penerima Elaun Pekerja Cacat seramai 1,871 Orang menerima bantuan sebanyak RM 561,300.

g) Penerima Bantuan OKU tidak upaya kerja seramai 1,267 orang menerima bantuan sebanyak RM 380,100.

Jumlah keseluruhan bantuan bagi kategori ini adalah sebanyak RM 18,927,600 melibatkan seramai 63,092 orang penerima.

2. BANTUAN MAKAN KEPADA PELAJAR SABAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Perbelanjaan bantuan makanan kepada pelajar-pelajar Sabah di Semenanjung Malaysia berjumlah RM 874,100 yang melibatkan 1,818 orang pelajar di IPTA/IPTS.

Peruntukan telah diagihkan kepada pelajar melalui Pejabat Perhubungan Negeri Sabah-Kuala Lumpur.

3. BANTUAN KEPADA PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Sejumlah RM 500,000 telah disampaikan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk bantuan kepada pelajar yang berada di Kampus Induk Kota Kinabalu, WP Labuan, Sandakan dan Non- resident ketika Perintah Kawalan Pergerakan [PKP].

4. BANTUAN MAKANAN KEPADA PERSON UNDER INVESTIGATION [PUI] DI PUSAT KUARANTIN, SABAH

a) Disamping itu, Seramai 131 orang, perbelanjaan bantuan berjumlah RM 4,461 di pusat kuarantin dan kuarantin di rumah melibatkan 966 Keluarga dengan perbelanjaan bantuan RM 193,200.

b) Kuarantin Sementara Jalanan [Gelandangan] melibatkan 20 orang dengan perbelanjaan bantuan makanan berjumlah RM 2,354.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan bantuan bagi kategori ini adalah sebanyak RM 200,015.

Jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa tertakluk kepada bilangan Person Under Investigation [PUI] yang ditempatkan di Pusat Kuarantin.

5. BANTUAN KHAS KEPADA PESAKIT ATAU KELUARGA PESAKIT ‘ONE-OFF’ RM 500.00

Setakat ini, 134 orang pesakit Covid-19 telah menerima bantuan masing-masing yang melibatkan jumlah RM 67,000.

6. BANTUAN KEPADA RAKYAT YANG TERJEJAS ‘ONE-OFF’ RM 500.

a) Golongan Khas Miskin dan Miskin Tegar (RM20 JUTA)

KPLB telah memproses pembayaran kepada seramai 15,713 Orang Ketua Isi Rumah Miskin (KIRM) dan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) yang melibatkan RM 7,856,500.

b) Golongan B40

i. Kategori TERKELUAR dalam sistem e-kasih 1,050 orang

daripada 41,115 orang penerima RM 315,000.

ii. Kategori Petani, Penternak dan Nelayan 9,141 orang daripada 169,630 orang penerima RM 2,742,300.

iii. Kategori Pemandu Teksi, Pemandu Bas dan Lori seramai 13,132 orang sedang diproses mengikut kategori masing- masing dengan jumlah peruntukan RM 3,939,600.

iv. Kategori Malim Gunung, Porter, freelance tour guide dan freelance artis. 231 Peserta telah dibantu dengan perbelanjaan sebanyak RM 69,300.

v. Kategori Warga Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia dianggarkan seramai 30,000 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 13,870 boleh diproses untuk fasa pertama RM 4,161,000.

7. BANTUAN KEPADA GOLONGAN YANG TERJEJAS SECARA LANSUNG DENGAN COVID-19 [UPPM]

Bantuan berbentuk makanan telah disampaikan terus kepada Ketua Keluarga di 60 kawasan DUN. Ini melibatkan 158,143 Ketua Isi Rumah dengan nilai bantuan berjumlah RM 12,750,000.

Bantuan makanan ini masih berterusan dan sedang dalam proses pengagihan di seluruh pelusuk negeri Sabah.

8. RINGKASAN MENGENAI PERUNTUKAN SEBANYAK RM40 JUTA UNTUK SKIM KREDIT MIKRO BAGI PENIAGA-PENIAGA KECIL DAN RM50 JUTA UNTUK DANA IKS SABAH

Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM40 juta dibawah Dana Kredit Mikro Sabah. Peruntukan ini akan disalurkan melalui Perbadanan Pinjaman Sabah dimana peniaga-peniaga kecil boleh memohon pinjaman bermula dari RM300 sehingga RM2,000 dengan kadar faedah 0% dan tempoh bayaran balik sehingga tiga (3) tahun.

Pinjaman Mikro ini akan memanfaatkan sekitar 20,000 peniaga- peniaga kecil, petani, penternak, nelayan, drebar bas dan taxi dan pemandu pelancung seluruh Sabah yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Di bawah inisiatif ini, pembayaran balik pinjaman adalah serendah RM0.28 sen sehari / RM8.33 sebulan dan maksimum sebanyak RM1.85 sehari / RM55.55 sebulan.

Bagi membantu industri-industri perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang turut terjejas dalam penularan pandemik Covid-19 ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM50 juta untuk Dana IKS Sabah (Sabah SME Fund).

Kemudahan pinjaman ini juga akan diurus oleh Perbadanan Pinjaman Sabah yang menawarkan pinjaman serendah RM250,000.00 sehingga RM1,500,000 dengan kadar faedah serendah 3.5% dan tempoh pinjaman sehingga sepuluh (10) tahun.

Bantuan ini diharap bukan sahaja untuk membantu SME kekal berdaya tahan malah mereka dapat mengekalkan pekerja mereka, menjaga kebajikan pekerja dan kakitangan pada masa yang sukar ini.

Kedua-dua peruntukan ini akan disalurkan kepada Perbadanan Pinjaman Sabah pada bulan April 2020 dan dijangka diterima oleh peniaga-peniaga kecil dan SME selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

9. SUMBANGAN KHAS KEPADA AGENSI-AGENSI BARISAN HADAPAN (FRONTLINERS)

Peruntukan 10 juta telah disediakan untuk bantuan makanan dan keperluan kepada golongan petugas di barisan hadapan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 8 Juta telah disalurkan dengan RM 1 Juta masing – masing kepada 8 agensi yang terlibat antara Jabatan yang terlibat ialah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Imigresen Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia.