Pelaksanaan Aktiviti Bulan Kebangsaan Peraku Tuntutan Rakyat

83
Ariffin dan Vivian melepaskan Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Ekspresi Negaraku peringkat daerah Sandakan di sini, hari ini.

SANDAKAN: Pelaksanaan aktiviti bulan kebangsaan memperakukan tuntutan masyarakat dalam mengamalkan konsep kesepaduan, keharmonian dan saling hormat menghormati.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Ariffin Asgali berkata, ia sekaligus membolehkan perbezaan pendapat kalangan rakyat tidak menjadi kekangan untuk mencapai kebersamaan.

Ariffin dan Vivian ketika majlis Pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Ekspresi Negaraku peringkat daerah Sandakan.

“Usaha memacu dan menggerakkan penyatuan rakyat menjadi keutamaan kerajaan masa kini.

“Rakyat harus mengamal dan menanam budaya positif dalam hal kedaulatan negara dengan menjadikan Jalur Gemilang sebagai simbol Malaysia selain menjadikan Raja Berperlembagaan sebagai simbol penyatuan bangsa Malaysia,” katanya pada Majlis Pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Ekspresi Negaraku peringkat daerah Sandakan di sini, hari ini.

Ariffin berkata, sejajar bagi menterjemahkan konsep “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”, rakyat seharusnya menyokong usaha kerajaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kebangsaan.

Tiga belas kenderaan pacuan empat roda melibatkan 25 peserta menyertai kembara itu yang menjelajah lebih 1,000 km di 25 daerah di negeri ini.