Pelajar Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Ke Laut Ketika Memancing

LABUAN: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut berhampiran jeti perikanan lama di sini pagi tadi.

Bernama dalam portalnya melaporkan, pelajar yang tinggal di Jalan Kolam di sini itu dikenali sebagai Mohd Hilmi Hamizan Ahmad, pelajar tingkatan empat SMK Labuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan berkata pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu pada jam 11 pagi.

“Pelajar itu dipercayai telah tergelincir sebelum jatuh ke laut semasa memancing bersama seorang rakannya.

“Sehingga jam 7 malam, pelajartersebut belum ditemukan dan gerakan mencari dan menyalamat masih dijalankan,” kata jurucakap itu.