Pekebun Kecil Getah Sabah Dianaktiri

Oleh PEKEBUN KECIL GETAH KECIL SABAH

KOMEN: Sungguh mengecewakan dan tidak adil !! Kenapa pekebun kecil getah di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) TIDAK DIBERI BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)?

Kenapa pekebun kecil getah di bawah RISDA dapat dan kami tidak. Apa bezanya ?

Kami amat kecewa dengan sikap berat sebelah dalam pemberian bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Kenapa ada “double-standard”? Adakah kami bukan rakyat?

Kami difahamkan LIGS diarah oleh Kementerian Kewangan supaya memohon kepada RISDA. Tidak masuk akal sama sekali !

Setelah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong berkali-kali terbang sendiri ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Menteri dan Pegawai-Pegawai Tinggi Kementerian Industri Utama (MPI) untuk menyuarakan dan menyelesaikan masalah pemberian BMT, inilah keputusannya.

MOF telah menolak permohonan MPI untuk pemberian BMT kepada kami.

Kenapa Kerajaan Pusat masih lagi bersikap acuh tidak acuh terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah penduduk luar bandar di Sabah?

Ingatlah bahawa kami pekebun kecil getah LIGS juga mempunyai hak untuk dapatkan BMT ini sepertimana yang diterima oleh pekebun kecil getah RISDA.

Kami pekebun-pekebun kecil hidup di luar bandar dan menoreh getah adalah satu-satunya sumber pendapatan kami. Kami mahu Kerajaan Pusat memahami dan simpati dengan keadaan kami.

Kami juga punyai hak untuk menikmati setiap pembangunan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan tidak kira negeri atau Persekutuan.

Sabah adalah penyumbang besar kepada hasil Negara !!!

  •  PEKEBUN KECIL GETAH KECIL SABAH