PCS Cuma Diwujudkan Untuk Pecahkan Undi KDM

Oleh HAIRIZA ARIFIN
KENINGAU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony mendakwa kewujudan parti Parti Cinta Sabah (PCS) sebagai salah satu taktik parti lawan untuk memecahkan undi dalam kalangan etnik terutama Kadazan Dusun Murut (KDM).

Jelasnya parti tersebut yang diketuai Datuk Seri Anifah Aman adalah sebagai ejen tambahan kepada parti lawan di Sabah.

“Saya melihat teknik yang digunakan mereka ini sebagai pecah dan perintah, mereka cuma mewujudkan satu parti untuk memecahbelahkan undi daripada KDM.

“Tapi saya yakin orang KDM sekarang bukan bodoh, orang KDM kalau ada wakil-wakil rakyat mereka yang katak  yang tidak bermaruah, pengundi-pengundi di Bingkor ini khasnya ada bermaruah.

“Jadi saya percaya mereka ini akan memilihi mana-mana parti yang betul-betul memperjuangkan hak-hak orang sabah dan parti tempatan, itu saya yakin.” katanya yang ditemui selepas Majlis Mesra Rakyat di BIngkor, keningau pada Sabtu.

Menyentuh soal calon, Peter berkata, beliau dan pucuk pimpinan parti-parti di bawah Pakatan Harapan akan menyenaraikan nama calon untuk pertimbangan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Di peringkat calon pula kita sebenarnya akan menghantar nama, sama ada daripada Warisan, PKR, UPKO dan DAP dan ia akan diputuskan oleh YAB Ketua Menteri nanti.

“Tapi apa yang akan kita turunkan dan pertandingkan adalah mereka-mereka yang tiadak ada ‘gene’ daripada katak ini.

“Kita akan pastikan mereka ini mesra rakyat, memiliki keperibadian yang baik dan tidak kira lah samada mereka ini muslim, Kristian atau buddha, kerana itu bukanlah perhitungan, ukuran untuk bertanding di kawasan kerana kami semua tinggal Bersama,” katanya.

Tambahnya, parti lawan kini semakin ketandusan idea kerana acapkali membangkitkan isu-isu basi seperti isu perkauman, agama dan isu pendatang asing tanpa izin.