PBS Kekal Bertanding Di Kadamaian, Tidak Mau Tukar Kerusi – Demis Rumanti

Demis, tengah, bersama AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita.

Oleh BORNEOTODAY
KOTA BELUD: Parti Bersatu Sabah Kadamaian berkeyakinan akan diberi mandat untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-14 ini.

Satu mesyuarat khas AJK Bahagian bersama Pergerakan Pemuda dan Wanita telah memutuskan untuk menyampaikan bantahan keras kepada kepimpinan tertinggi parti berhubung dengan khabar angin yang tersebar luas di Kadamaian mengenai pertukaran kawasan antara PBS Kadamaian dan UPKO Bingkor melalui Biro Politik Pusat.

Ketua Bahagian PBS Kadamaian, Demis Rumanti menyifatkan khabar angin ini sengaja disebarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menganggu gugat hubungan baik komponen di Kadamaian.

Beliau yakin mesej akar umbi telah disampaikan kepada kepimpinan dan memahami sentimen seramai 6000 ahli PBS di Kadamaian.

Demis yang mempengerusikan mesyuarat khas turut menyampaikan amanat Presiden untuk melipatkan ganda berkerja keras memastikan calon PBS – BN Kadamaian menang dalam PRU- 14, memantapkan kerjasama, memberi motivasi berterusan untuk terus berjuang pada sabtu lepas khas sabtu bersama AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita.

Menurut Demis, PBS akan mewakili BN bertanding di dalam PRU 14 ini. Presiden Parti Joseph Pairin Kitingan telah membuat pengesahan dalam perjumpaan dengan Biro politik Parti di Ibu Pejabat PBS pada petang Jumaat yang lalu.

Kata Demis, keyakinan bahawa calon BN memenangi PRU-14, kerana pelbagai faktor, pertama meningkatnya kerjasama padu semua komponen BN berbanding pilihanraya lepas, semua komponen telah bertungkus lumus memberi perkhidmatan kepada rakyat berikutan kekalahan, tsunami peralihan sokongan masyarakat Kadamaian terhadap BN luar biasa kerana mereka dahagakan pembangunan.

Tambahnya, formula pertukaran antara Kerusi UPKO Bingkor dan PBS Kadamaian tidak menguntungkan BN kerana iakan mengalihkan sokongan undi kepada pembangkang yang mengakibatkan kedua dua kawasan Dewan Undangan Negeri akan kalah sekali lagi.

Bukan sahaja kawasan DUN tetapi ianya melibatkan Parlimen Kota Belud dan Parlimen Keningau.

Katanya, pemimpin BN khususnya UPKO Bingkor telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada kawasan yang diberikan berdasarkan kuota, PBS Kadamaian juga telah berkerja keras berdamping dengan masyarakat bagi menebus kekalahan pilihanraya yang lepas.

“PBS Kadamaian telah bertungkus lumus dan sentiasa bersama dengan rakyat pelbagai segi termasuklah memberikan sokongan dan dorongan sosio ekonomi termasuklah dalam bidang pelancungan yang pada ketika ini telah memberikan peningkatan ekonomi yang sangat ketara di Kawasan Kadamaian,” tambah Demis.