Pas Tidak Bertanding PRK Sandakan; Akan Sokong Pembangkang

251

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Pas membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan 11 Mei depan.

Keputusan tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang memaklumkan parti itu membuat ketetapan untuk menyokong mana-mana parti pembangkang yang bertanding.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan kelmarin.

“Dengan keputusan ini maka PAS akan memberikan sokongan kepada wakil pembangkang yang akan meletakkan calon bagi menentang calon Pakatan Harapan.

“Selaras dengan itu, PAS Sandakan dan PAS Sabah khususnya akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat bagi membantu calon pembangkang dalam menghadapi PRK ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Pas Sabah memaklumkan bersedia untuk bertanding di PRK itu selepas mendapat desakan daripada ahli parti berkenaan.

Pesuruhjayanya, Mohd Aminuddin Aling berkata, keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat yang diadakan.