Palauh Positif Covid-19 Di Lahad Datu

Oleh ARDYHANSAH AMAT
LAHAD DATU: Orang ramai sekitar daerah ini dinasihatkan tidak melakukan kontak secara langsung dengan kumpulan Palauh susulan satu daripada 12 kes positif Covid-19 membabitkan komuniti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Palauh positif Covid-19 di Lahad Datu seramai dua orang.

“Oleh itu, saya mohon bantuan orang ramai, jangan memberi sebarang hadiah, ganjaran atau wang tunai terhadap kominiti ini yang banyak meminta sedekah di kawasan lampu isyarat dan tepi jalan raya sekitar daerah ini.

“Ia bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga mengurangkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya.

Menurut Nasri, pihaknya juga akan mengekang komuniti ini untuk keluar ke bandar sebagai langkah pencegahan awal sebelum tindakan lanjut dilakukan.

“Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Lahad Datu akan mengenal pasti langkah yang dirasakan perlu bagi memastikan masalah Covid-19 dalam komuniti ini terkawal,” katanya.