Orang ramai dijemput hadiri Majlis Iftar bersama Tun Mahathir Ahad

254

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir bersama-sama memeriahkan Majlis Iftar bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan diadakan pada esok (Ahad) bertempat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itu akan bermula pada 4.30 petang.

Majlis itu akan turut diisi dengan Solat Maghrib berjemaah, jamuan makan malam serta penyerahan sumbangan kepada golongan anak yatim dan asnaf. Ia kemudiannya akan diikuti dengan Solat Isyak berjemaah dan Solat Sunat Terawih.

Majlis tersebut akan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib serta barisan jemaah menteri Kabinet Sabah yang lain.