Operasi SAR Mangsa Bot Karam Akan Diteruskan Pada Ahad

404

Oleh SURAIDAH ROSLAN
SANDAKAN: Dengan berakhirnya Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 6 petang Sabtu, hanya tinggal empat lagi mangsa bot pancung karam di Pulau Nunuyan Laut, Sandakan belum ditemui.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, empat mangsa yang belum ditemui termasuk tekong itu berusia antara setahun hingga 42 tahun.

Antara identiti mangsa yang belum ditemui adalah Sido,40, (tekong) yang dipercayai terapung menggunakan tong minyak dan Nuraina Ibrahim,1, yang kedua-dua berasal dari Taganak Filipina.

Pada 12.44 tengahari Sabtu, Pusat Operasi menerima maklumat satu mayat mangsa telah dijumpai oleh nelayan di kawasan antara Pulau Nunuyan Laut dan Pulau Berhala. Namun, identiti mangsa belum diketahui.

Mayat itu kemudian dibawa menggunakan bot kilat 08 di Jeti ZM Sandakan pada 1.40 petang.

Mohd Khairulanuar berkata, operasi SAR ditangguhkan dan akan disambung pada jam 7 pagi Ahad.

Keempat-empat mangsa itu antara 11 orang mangsa bot pancung karam yang dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Taganak, Filipina ke Sandakan sebelum dilaporkan karam di Pulau Nunuyan Laut pada Jumaat.

BERITA BERKAITAN :-

https://www.borneotoday.net/operasi-sar-5-mangsa-bot-pancung-karam-di-sandakan-diteruskan/