Operasi Mencari Anggota PGA Di Khuatiri Lemas Di Kinabatangan Diteruskan

Gambar hiasan

KINABATANGAN: Operasi mencari seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am yang hilang di muara Sungai Kinabatangan selepas bot dinaiki karam di Jumaat petang diteruskan pagi ini.

Mohd Razali Awang Ahmad, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, berkata operasi diteruskan di sepanjang sungai Tundun Bohangin dan Mumiang membabitkan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air.

“Tumpuan operasi di sepanjang Tundun Bohangin dan Mumiang iaitu lokasi dilaporkan bot terbalik, ” katanya Sabtu.

Koperal Muhd Hanip @ Musley belum ditemui tetapi mayat rakannya Walter Dennis ditemui tidak lama selepas kejadian.

Menurut Razali, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 5.01 petang.

Bot dipercayai dinaiki tiga orang iaitu dua anggota PGA terbabit dan seorang penduduk kampung dikenali sebagai Lawiq bin Elan yang terselamat, katanya ketika dihubungi.