Operasi Billiard Dibenarkan Mula Hari Ini

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju membenarkan aktiviti billard beroperasi di premis berlesen berkuatkuasa hari ini.

Kebenaran operasi itu diumumkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam sidang media perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah, hari ini.

Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam bidang sukan yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergeraka Bersyarat (PKPB).

Namun, aktiviti billiard ini hanya dibenarkan untuk permainan secara suka-suka dan bukannya untuk pertandingan.