Noor Halim Menang Jawatan Timbalan Ketua Bahagian Warisan Labuan

924

LABUAN: Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli memenangi jawatan ketua bahagian Parti Warisan Sabah (Warisan) Labuan tanpa bertanding dalam pemilihan yang julung kalinya diadakan di sini hari ini.

Noor Halim Zaini dipilih untuk menjawat jawatan timbalan ketua bahagian dengan kelebihan dua undi daripada Rosli Awang Damit.

NOOR HALIM

Kula Kamis pula dipilih sebagai naib ketua melebihi satu undi mengalahi Harold Lim.
Rozman yang menduduki jawatan itu bagi sesi 2019-2021, mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Warisan di peringkat pusat yang memberikan peluang kepadanya untuk menyertai parti berkenaan Oktober lepas, dan kini anggota parti di Labuan memberikan sokongan penuh kepadanya untuk menerajui parti itu di pulau berkenaan.

Rozman sejak kebelakangan ini dilihat memperoleh sokongan padu orang ramai dan pemimpin tempatan, terutama komuniti perniagaan susulan kelantangan beliau di Parlimen dalam memperjuangkan pembangunan Labuan, sekaligus menjadi antara punca beliau mendapat kepercayaan anggota Warisan untuk menerajui parti itu di Labuan.

“Saya akan terus berkhidmat kepada orang ramai, dan Warisan adalah platform terbaik dalam menyuarakan keperluan orang ramai dan pulau ini,” katanya.

Barisan kepimpinan baharu Parti Warisan Labuan

Dengan pemilihan peringkat bahagian parti Warisan melabuhkan tirainya esok, kini tinggal DAP Labuan yang kini masih berstatus protem untuk melaksanakan pemilihan parti, atau status mereka dalam senarai PH kekal menjadi tidak menentu..

10 anggota yang mendapat tempat dalam barisan jawatankuasa adalah Henry Bating, Tan Soon Kiat, Johari Kumbang, Lajim Ansagit, Sapri Angki, Russli Tamah, Dua Kula, Zaidi Bata dan Roslee Bakar dan Benjamin Lim.

Dengan pemilihan parti Warisan diadakan hari ini, hanya tinggal DAP Labuan sahaja yang masih mempunyai status penaja untuk mengadakan pemilihan cawangan parti itu atau status mereka dalam barisan kepimpinan PH Labuan akan tidak menentu.