NGO Buat Laporan Polis Terhadap Musa Aman Kerana Penyalahgunaan Kuasa

3513
Gerakan NGO Malaysia membuat laporan polis terhadap Musa Aman di Balai Polis Karamunsing petang tadi. Mereka diketuai oleh Datu Mohd Fadli, tengah, dan Blission, empat kanan.

Oleh WARTAWAN BORNEOTODAY
KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan, Gerakan NGO Malaysia, membuat satu laporan polis hari ini (Isnin) untuk menggesa siasatan terhadap bekas Ketua Menteri, Musa Aman dan bekas menteri-menteri kabinet Barisan Nasional Sabah kerajaan lepas.

Mereka mahu polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang pentadbiran BN di Sabah.

Pada masa yang sama, mereka juga menggesa siasatan dilakukan terhadap Jeffrey Kitingan yang didakwa turut terlibat dalam rasuah.

Laporan dibuat di Balai Polis Karamunsing pada pukul 1.24 petang tadi oleh 11 orang ahli Gerakan NGO Malaysia. Mereka diketuai oleh Datu Mohd Fadli Fathullah dan Blission Zainuddin.