Musa Gagal Cabar TYT, Kalah 3-0 Di Mahkamah Rayuan

MUSA AMAN

KUALA LUMPUR: Tan Sri Musa Aman bersama 32 ADUN sekali lagi gagal mencabar kuasa Yang Dipertua Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah Rayuan petang membuat keputusan menolak rayuan Musa dan 32 ADUN berkenaan untuk menggantung keputusan pembubaran berkenaan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan dari pihak Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Istana Kehakiman di sini.

Panel yang turut disertai Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian menetapkan keputusan itu selepas bersidang selama dua hari, bermula Isnin.