Musa Aman Hadapi 35 Tuduhan Rasuah Membabitkan RM243 Juta

2984
Musa Aman – Gambar ihsan Berita Harian

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang Isnin (Nov 5, 2018) berhubung 35 pertuduhan rasuah membabitkan pembalakan di negeri itu.

Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan, 35 pertuduhan itu melibatkan sejumlah RM243 juta yang didepositkan ke akaun bank di Singapura dan Hong Kong.

Difahamkan, Musa, 67 tahun, yang juga ADUN Sungai Sibuga itu akan dibawa ke mahkamah dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Musa sekarang ada di ibu pejabat SPRM di Putrajaya

Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM mengesahkan bahawa Musa Aman akan ditahan.