Muhyiddin: Rakyat Perlu Terima Baik Keputusan Istana Negara

Muhyiddin Yassin

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan Istana Negara memilih beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Seri Paduka atas keputusan tersebut dan mengucapkan syukur kepada Allah atas pelantikannya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan moral kepada saya dan kita telah pun beristiqamah syukur di atas anugerah yang telah pun diberikan Allah kepada saya.

“Saya pohon seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan yang telah pun diumumkan oleh Istana Negara, terima kasih.

“Doakan kita untuk berjaya demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang di masa akan datang,” katanya kepada pemberita di pekarangan rumahnya di Kuala Lumpur petang ini.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan mengumumkan Seri Paduka berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-8 dan seterusnya mengakhiri kemelut politik negara yang berlarutan selama seminggu.

Muhyiddin dijadual mengangkat sumpah pada pukul 10 pagi esok di Istana Negara.