Muhyiddin Perdana Menteri Ke-8

Muhyiddin Yassin

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Perebutan kerusi Perdana Menteri berakhir selepas Yang Di-Pertuan Agong berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ke jawatan tersebut.

Pengesahan tersebut dibuat dalam satu kenyataan daripada Istana Negara petang ini.

“Proses seterusnya ialah Istidat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020, Ahad pada pukul 10.30 pagi,” kata kenyataan itu.