MPC Perlu Kenalpasti Isu Birokrasi Bagi Permudah Pelaburan Di Sabah

KOTA KINABALU: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Invest Sabah Berhad (ISB) akan bekerjasama dalam mencari kaedah mempermudahkan serta membantu meningkatkan pelaburan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berharap MPC akan mengenalpasti isu-isu birokrasi yang boleh dikurangkan.

Usaha ini bagi mempermudahkan kemasukan pelabur dari dalam dan luar negara yang ingin melabur di Sabah.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada MPC yang diketuai oleh Mokhzani Aris, di Wisma Kewangan, hari ini.