MP Tuaran Komited Bantu Rakyat

176
TKM memotong rumput semasa gotong-royong bersama penduduk di Surau Kg Malanggang

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
TUARAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bertekad dan komited untuk melayani rakyat serta meraikan kepelbagaian agama dan budaya.

“Sebagai ahli parlimen Tuaran saya akan mencuba sebaik mungkin membantu rakyat dan komuniti yang benar – benar memerlukan bantuan dan perhatian tanpa mengira kaum dan agama kerana sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pemimpin”, katanya.

“Hari ini saya dan rombongan masuk ke lima buah tempat yang bermula di Kg Rugading, Jambatan Sungai Damit, Kg Rangalau Baru, Kg Malanggang dan Kg Lokub” Tambahnya.

“Saya mencuba sedaya mungkin meluangkan masa agar boleh bersemuka lebih dekat dengan rakyat di akar umbi sekaligus saya boleh melihat sendiri apa yang mereka perlukan ” Kata Madius ketika ditemui di Kg Malanggang menyertai gotong royong membersihkan surau.

TKM membantu memasangkan kerusi roda yamg disumbangkan kepada warga emas, Sosomu @ Susanna Salag

“Namun, keterbatasan masa membuatkan saya tidak mampu melayani ke semua kampung tetapi pelayanan saya ini tidak berakhir disini tetapi akan diteruskan oleh pegawai-pegawai saya melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen”, ujarnya.

Beliau mengambil masa melawat sekeliling bangunan surau tersebut diiringi oleh Ustaz Suffian Kundu selaku Biro Agama dan Keharmonian Kaum, Parti UPKO Bahagian Tuaran bagi melihat keadaan surau yang memerlukan sedikit pembaikan.

Pengisian program kemasyarakatan itu adalah melawat dan menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Mansur Sanusi mangsa rumah terbakar, di Kg Rugading, lawatan gerak kerja ke jambatan Sungai Damit dan penyerahan sumbangan mesin rumput dan gotong-royong di surau Kg Malanggang.

Seusai di Kg Malanggang, Madius dan rombongan berada di Kg Lokub bagi lokasi terakhir. Beliau menziarahi beberapa buah rumah bagi bagi menyampaikan sumbangan kerusi roda dan keperluan dapur dan melawat kawasan yang memerlukan pembinaan kalbut.

Sebagai acara kemuncak, Madius sempat menghadiri majlis Ramah Mesra bersama rakyat di dewan kampung Lokub sekaligus menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan dapur kepada 10 orang warga emas.