MP Sandakan Minta Penduduk Salurkan Maklum Balas

60
VIVIAN

SANDAKAN: Penduduk Sandakan diminta menyalurkan maklum balas bagi membolehkan usaha dilakukan untuk memajukan daerah ini.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong berkata sejajar dengan aspirasinya ketika memenangi Pilihan Raya Kecil Sandakan pada Mei lepas, beliau komited untuk memajukan Sandakan sebagai sebuah bandar yang dinamik.

Beliau justeru mengalu-alukan cadangan rakyat untuk memajukan Sandakan.

” Amat penting untuk kita semua terus bersatu hati, bersatu padu, mengekalkan keharmonian dan bekerjsama membangunkan Sandakan,” katanya pada majlis penyampaian daging korban sempena sambutan Aidiladha di sini hari ini.

Wong berkata kerajaan juga sentiasa berusaha membantu rakyat tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

Seramai 2,000 penduduk Islam Sri Taman dan Indah Jaya di sini menerima sumbangan daging korban. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong.