MP Labuan Rozman Isli Menang Tanpa Bertanding Ketua Bahagian Warisan

1839
ROZMAN ISLI

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dijangka memenangi jawatan ketua bahagian tanpa bertanding pada pemilihan julung kali Parti Warisan Sabah bahagian Labuan (Warisan) esok.

Penyelaras Warisan Labuan Salim Abdul Rahman tidak berada dalam senarai untuk mana-mana jawatan, walaupun dikhabarkan akan bertanding untuk jawatan timbalan ketua, dan Rozman adalah peserta tunggal untuk jawatan teratas itu.

Mereka yang bertanding untuk barisan kepimpinan parti itu adalah ahli perniagaan tempatan, Rosli Awang Damit menentang Noor Halim Zaini (bekas calon pilihan raya ke-14) untuk jawatan nombor dua.

Ahli politik veteran Kula Kamis bertanding untuk naib ketua menentang Harold Lim, dan Norainah Sabudin akan berhadapan Aliah Atar untuk jawatan ketua wanita.

Ketua jawatan pemuda akan melihat Mohd Shahrizan Dzulkiplie bertanding menentang Zaimi Azwan, dan Dg Suzanah Robin akan berhadapan Nurul Jannah Hussin untuk jawatan ketua wirawati.

13 anggota jawatankuasa akan bertanding adalah Dr Henry Bating, Tan Soon Kiat, Mohamed Nazer Abdullah, Johari Kumbong, Lajim Ansagit, Robin @ Ribin Atoh, Sapri Angki, Jumaat Samiun, Russli Tamah, Dua Kula, Zaidi Bata dan Roslee Bakar.

Rozman mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan pusat Warisan kerana memberi peluang kepadanya untuk menyertai parti itu pada Oktober tahun lalu dan kini ahli-ahli parti itu memberi sokongan penuh untuknya memimpin parti di pulau itu.

Rozman dilihat sejak kebelakangan ini telah mendapat sokongan padu dari rakyat dan pemimpin tempatan terutamanya komuniti perniagaan mengenai perbahasannya pada sesi parlimen baru-baru ini mengenai kekurangan dana pembangunan untuk pulau itu selepas lebih tiga dekad pulau itu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Ini telah sedikit sebanyak membolehkannya lagi memperolehi keyakinan dan sokongan anggota Warisan untuk memberi laluan mudah untuk memimpin parti itu.

“Saya lebih kepada rakyat dan pulau ini, saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan Warisan adalah platform yang tepat untuk menyuarakan keperluan rakyat dan pulau Labuan.

Dengan pilihan raya parti Warisan diadakan esok, hanya tinggal DAP Labuan sahaja yang masih mempunyai status penaja untuk mengadakan pemilihan cawangan parti itu atau status mereka dalam barisan kepimpinan PH Labuan akan tidak menentu.