Mohd Shafie Masih Ketua Menteri Sah

CHRISTINA LIEW

Oleh AZIS KHAN
KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal masih Ketua Menteri yang sah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata, Mohd. Shafie masih memiliki sokongan yang cukup untuk mentadbir.

“Shafie masih Ketua Menteri dengan sokongan majoriti yang mencukupi,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mohd. Shafie malam tadi.

Kenyataan tersebut menjawab teka-teki yang timbul selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan dengan gabungan baharu.