Mohd. Shafie Di KL Mesyuarat Dengan KM Sarawak Dan GPS

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir di sebuah hotel di ibu negara untuk menghadiri mesyuarat bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kehadiran Mohd. Shafie menimbulkan pelbagai persoalan di sebalik khabar angin yang bertiup kencang mengatakan kerajaan baharu akan dibentuk berikutan perpecahan gabungan parti pemerintah, Pakatan Harapan (PH).

Astro Awani melaporkan Mohd. Shafie tiba bersama dua pegawainya pada pukul 5.40 petang untuk berjumpa Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama Ahli Parlimen GPS.

Terdahulu mesyuarat dalam kalangan wakil rakyat GPS telah bermula seawal pukul 2 petang tadi.

Selain GPS beberapa parti politik turut mengadakan mesyuarat hari ini iaitu Bersatu, UMNO, Pas serta PKR.